Kerjaya Ezzah Aziz Fawzy

Beliau mula berkecimpung dalam dunia hebahan di kaca televisyen pada 1988 dan wajah beliau terkenal sebagai pembaca berita untuk Berita TV3 (dan kemudian Buletin Utama) di TV3. Beliau juga merupakan antara pembaca berita Malaysia yang pertama muncul membaca berita di TV3 dengan memakai tudung berwarna hitam iaitu pada 1998. Beliau melaporkan bahawa hatinya terbuka untuk memakai tudung sekembalinya daripada mengerjakan ibadat haji di Mekah bersama ibu dan suaminya pada tahun tersebut[1].

Antara rancangan yang beliau pernah kendalikan ialah Nona, Wanita Hari Ini, dan Majalah 3. Beliau mula terlibat dengan bahagian penerbitan dan penajaan bermula tahun 2005 di stesen TV3 dan kemudiannya TV9 yang menyaksikan beliau sudah kurang muncul di kaca televisyen.

Ezzah juga antara orang yang berkhidmat di Akademi TV3 yang melahirkan generasi pengacaraan baharu antaranya Aidid Marcelo dan Azwaliza Azman.[2] Beliau juga sering dijemput menjadi juri dalam beberapa program seperti Gadis Melayu dan Pengacara Jemputan Nona.